29 May 2009

kalo rajin bacalah

bila hujung minggu menjelang, yang terlintas di fikiran saya adalah sejenis haiwan yang amat terkenal di bandar tersayang saya pada zaman ini dan juga telah menjadi punca kesesakan. haiwan yang saya maksudkan ini sangat hebat, yes ladies and gentlemen AMAT HEBAT!

haiwan (haiwan-haiwan) ini hebat sekali sehingga terpapar di akhbar dan 'terima kasih' kepada wartawan dan syarikat akhbar, berita dan haiwan itu menarik perhatian warga tidak kira umur dan bangsa (ya, hitam, putih dan perang...semua sekali) dari seluruh semenanjung. benar sebenarnya.... bandar saya sekarang bukan sahaja (bukan lagi) terkenal dengan taman tasik, zoo dan bukit tapi haiwan ini juga. kini ia telah menjadi tumpuan pelancong dan sekaligus berjaya mengharumkan bandar saya (terima kasih? aduhai..).

pernah saya melihat dan mengira lebih kurang 20 bas bertapak di perkarangan haiwan ini melepak. bayangkan sekiranya sebuah bas membawa minima 35 dan maksima 42 penumpang, berapakah orang yang menyibuk dan menyemak di bandar saya??? itu hanyalah dari mata kasar saya, belum lagi kira bas yang entah letak di mana, orang yang saya tak nampak, yang datang sendiri, menggunakan kenderaan sendiri dan orang tempatan sendiri. kerana pemberi maklumat saya memberitahu kadang-kadang sampai menjangkau 40 lebih buah bas.

persoalannya, mengapakah????

hah! kehebatannya amat menakjubkan! haiwan ini dipercayai mempunyai kuasa. kuasa yang dipercayai boleh menjadikan seseorang lebih kaya <>

bagaimana???

dengan hanya mengambil sekeping duit kertas dan dengan perlahannya membelai/menggosok ke atas haiwan tersebut. (dengar kata gosok dari kepala ke badan. tak tahulah...) kemudian??? kemudian, apa lagi, pergilah beli nombor ekor dengan duit kertas itu!

sejauh manakah kebenarannya, saya tidak tahu kerana saya tidak cuba. rasanya tidak setipu mana memandangkan semakin hari semakin ramai orang asing menyemak di sini. yang tak pernah datang, datang dan yang pernah datang, datang lagi. namun begitu, kejadian ini kini terlalu hangat sehingga mendapat perhatian pihak polis....haha, ini yang menarik dan mengelikan hati saya kenapa pihak polis boleh terlibat. membuat tinjauan? tangkapan? atau siasatan?

mengikut sumber maklumat saya, sebabnya adalah....

1. ingin menangkap orang me_a_u yang terlibat. kenapa??? sebab HARAM!!! mengapa haram??? sebab haiwan itu adalah B-A-B-I!!!! is_a_ mana boleh sentuh babi!!!!??? is_a_ mana boleh berjudi!!!!???

2. [yang ini sangat lucu bagi saya] sebab perbuatan ini dianggap tidak hormat kepada raja, negara dan agama? mengapa??? pernah tak terlintas ataupun sedar apa yang tercetak di atas duit kertas kita??? gambar siapa??? beliau orang apa??? agama apa???? dan apakah perbuatan orang-orang itu - [hint] gosok pada haiwan itu. jadi, gosok-muka-orang tercetak-haiwan dan haiwan itu adalah BA-- (kaitkan sendiri. dapat? boleh bayang?)
boleh ke dikaitkan sebegitu??? salah ke? saya tak tahu. renung-renung dan fikir-fikirkanlah...


aduhai, tidak pernah saya terpikiaq benda macam ni. sungguh!
apa sudah kes ini sekarang? tidak diketahui. sumber saya sudah pergi melancong dan saya malas untuk melawat kuil itu.

orang sekarang semakin pelik, hidup terlalu senang kot. tak tahulah...

No comments: