10 November 2009

ekspedisi memburu dan makan durian

pada petang yang serba baik cuacanya, 5 orang yang enggan belajar tiba-tiba memulakan ekspedisi memburu dan makan durian di sekitar kawasan berbantukan tiga buah motor. tanpa sebarang pengetahuan tentang harga pasaran dan kemahiran memilih, dengan sesuka hati mereka memilih mana-mana gerai.



gerai pertama yang dikunjungi nampaknya kurang bijaksana. penjualnya dengan muka licik menjual tanpa ikhlas, tidak jujur serta sempat mengeluarkan kata-kata sinis. sambil mereka makan, mereka pun layan sahajala kata-kata itu.



dah kata penjual tak jujur, mestilah durian yang dibelah kurang enak, harga pula rm10 untuk 3biji, tak berpatutan langsung dengan kualiti durian yang dimakan!!! keras, sikit, tak sedap!!! tak guna betul pakcik itu!!!! [dosa pakcik! terimalah di dunia akhirat nanti!] umpama membeli pengalaman sahajala di gerai itu.



selepas itu, dengan kurang rasa puas hati, ekspedisi memburu dan makan kembali beraksi. gerai kedua dijaga oleh dua orang budak india. si budak lelaki itu sibuk melayan tiga lelaki dewasa yang khusyuk makan durian dan si adik perempuannya itu entah tengah buat apa.



budak lelaki itu menyuruh mereka memilih durian yang dikehendaki dan harganya tak menentu mengikut saiz durian. dengan was-was dan seolah-olah mereka terdengar suara hati mereka lalu memutus untuk ke gerai seterusnya meninggalkan gerai budak india itu.



gerai ketiga ini adalah jagaan seorang pakcik, makcik dengan seorang anak lelakinya. seperti biasa, mereka buat-buat berunding harga dan kualiti durian pada awalnya. salah seorang daripada mereka sempat mengintai durian-durian yang terletak di dalam but kereta.



dalam but itu, ada durian yang isi lebih sedap dan busuk yang diasingkan dan selainnya disusun di atas lantai. mengikut pakcik itu durian yang isi sedap, apabila digoncang, ada bunyi, menandakan kualiti baik. apa lagi, durian kualiti baik sudah tentu perlu dimasukkan ke dalam perut mereka.



setelah berunding harga, pakcik muka jujur ini sememangnya baik kerana sanggup menurunkan harga dari rm20 untuk 8biji ke rm15. entahlah berpatutan atau tidak asalkan berjaya dikurangkan harga pun jadilah.



pada masa itu juga, mereka membeli dan makan, memberi sepenuh kepercayaan kepada kata-kata pakcik itu yang menyatakan durian itu sedap.



sememangnya pakcik muka jujur itu jujur kerana setiap biji yang dibelah itu amat sedap rasanya, cukup manis dan berlemak. mereka pun makan dengan lahapnya dan seulas demi seulas disumbat sehingga terasa kepuasan yang mengukir senyuman di muka masing-masing dan kekenyangan yang nak termuntah.



sehingga sekarang salah seorang daripada mereka masih dan asyik sendawa sambil menaip di sini. apa-apapun, ekspedisi memburu dan makan durian dikira berjaya dan berbaloi!!!!!



gambar yang sempat dan teringat nak ambil selepas makan...tak banyak pun, 8biji je....






No comments: