26 August 2009

sabar...

sedar tak sedar sudah berlalu 4hari bulan ramadhan ini. setelah tidak puasa untuk 2 hari, semalam saya kembali berpuasa untuk hari kedua saya.

sepanjang saya berpuasa walaupun tak banyak hari, semalam merupakan hari yang paling mencabar untuk saya....aaah...

saya hampir-hampir tidak puasa penuh semalam. dengan badan yang mula menunjukkan tanda-tanda demam dan setelah menelan 2biji panadol elok-elok sebelum azan subuh, saya menahan kekeringan mulut dan tekak sepanjang hari. semalam juga entah apa sebabnya, kelaparan amat dirasai dan terpaksalah saya menahan dan menahan. jalan termudah, saya tidur.

petang pula buat kali pertama saya berjalan di pasar ramadhan dalam keadaan berpuasa, sememangnya rasa sangat mencabar dan amat tercabar.

dengan lauk-pauk di atas meja, ayam digolek bersinar menitis nitis minyaknya, ayam percik, kepak panggang, ikan bakar, roti john, kebab, laksa, kuih muih, nasi ayam, nasi tomato, sup saudagar, murtabak dan segala makanan dan minuman di depan mata tak kira sedap ke tak sedap [tapi memang semua nampak sedap] tidak henti-henti meransang dan menguatkan nafsu makan saya. memang terasa dan teringin sangat-sangat untuk beli dan makan SEMUA makanan tersebut.

bukan itu sahaja, bunyi ais dan air pula, semasa makcik penjual air mengacau tong-tong air menyebabkan saya semakin terliur terbayangkan kesedapan dan kesegaran menghirup air sejuk yang sedap itu.... aduhai, masa itu saya berfikir alangkah sedapnya kalau dapat seteguk. seteguk pun jadilah...

tetapi dengan semangat, kecekalan dan kesabaran yang tinggi, apa yang boleh saya buat masa itu hanyalah sekadar menelan kembali air liur yang semakin melimpah-limpah dan menunggu detik demi detik dan syukurlah saya berjaya buat kali kedua untuk tahun ini.

No comments: